senarai 10 perkara lelaki
perlu tahu mengenai wanita. Ia penting untuk kesejahteraan sesuatu perhubungan.
·
SENSITIF
Bukan bermaksud suka
merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang
wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu
bermakna dia sedang menangis dalam hati.
·
CEREWET
Bukan bermaksud ‘fussy’
tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak
tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.
·
HALUS
Ibarat sehelai sutera,
cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita
memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat
kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam.
·
IKHLAS
Ikhlas seorang wanita tak
perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh
hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.
·
PERASAAN
Wanita suka jika sesekali
orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar
kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya
dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
·
PRIHATIN
Sentiasa memerhatikan
keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin
dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.
·
MANJA
Walaupun dia adalah seorang
wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita.
Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan
orang lain seperti sahabat atau keluarga.
·
EGO
Wanita yang terlalu sayangkan
kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang
dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam
matanya, dia akan cair seperti coklat!!
·
CINTA
Cinta pertama bagi wanita
adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama
kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya
melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak
berminat.
Namun selepas ganggang
telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit,
semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!